Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM dalam keadaan sihat sejahtera
27/05/2025


Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dalam keadaan sihat sejahtera.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia sedang berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan. Baginda telah berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.